Ciri-ciri & Kriteria Skim SRP Bank Yang Terlibat Dengan Skim SRP Soalan - Soalan Lazim Hubungi Kami
 

 

 

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2012 yang nilai maksimum hartanah dalam SRP akan dinaikkan dari RM220,000 kepada RM400,000, berkuatkuasa daripada 1 Januari 2012.

 

© 2011 SRP.COM.MY